Sunday, December 20, 2009

Please Be Patient


Harap bersabar.. admin sedang mengumpulkan bahan-bahan cerita yang lepas2 dan masih segar untuk dimuatkan dalam blog ini.. (tu pon kalo ada semangat lah nak masukkan) hahaha..

Wednesday, November 4, 2009

Lawatan Bebudak Sekolah

Hellu pretty earthlings..

Harap mahap kepada semua.. aku sangat malas untuk mengupdate blog ketika ini.. so paling rajin aku updatekan saje gambar2 event terkini yang sudah semestinya bukan dari kamera aku.. har har har

.: Lokasi: Gua Tempurung & Lost World Of Tambun :.











Majlis Tamat Sekolah 2009

Hellu pretty earthlings..

Harap mahap kepada semua.. aku sangat malas untuk mengupdate blog ketika ini.. so paling rajin aku updatekan saje gambar2 event terkini yang sudah semestinya bukan dari kamera aku.. har har har

.: Lokasi : Unisel Bestari Jaya :.









Friday, October 2, 2009

Open House Version 1

Hellu pretty earthlings..

Semalam kitorang bebudak ofis keluar lah berhari raya. Mula-mula ambil Eja kat rumah sambil tu beraya la skali. Kendian perjalanan diteruskan lagi ke rumah Abang Kamal di Banting Baru. Ramai la jugak yang datang kitorang ni antara yang last2 jugak lah yang sampai. Tapi perut ni tak memberikan kerjasama untuk makan lebih-lebih kerana dah terlebih makan di rumah Eja waktu tuh..(kena paksa makan ekceli) hahahahaha Sebelum pulang terus ke rumah kitorang merayap pulak ke rumah kak zu @ mak.. hehe







**Nantikan juga gambar-gambar open house version seterusnya.. Hahahaha =)

Bercuti.!! yeay~ (katenya......)

Hellu pretty earthlings..

Hari Isnin dan Selasa yang lepas yakni 28 dan 29 September 2009 aku dan Abang Long serta Abang Ngah telah pergi ke PNB Ilham Resort di Port Dickson untuk menghadiri Taklimat Ketua Pengawas PMR tahun ni lah. Kitorang bergerak dari office lebih kurang pukul 2 petang dan sampai dalam pukul 5. Jangan tanya kenapa dan mengapa lambat sampai yer?? atas sebab2 dan masalah2 tertentu maka jadilah begitu. huhuhuhu

So, tema cerita pada hari itu adalah sejurus je sampai ke resort tu memang hajat di hati nak rehat2 sambil menonton cerita Senandung Dayang tapi apakan daya kitorang kena berpatah balik ke Banting kerana LCD projector tertinggal. Nak pinjam resort punye sangatlah mahal harga sewanya sampai RM500 satu malam. Ape punya bangang resort tu ntah? lepas je perbincangan di buat keputusannya seperti lah di atas. (nak bayar mahal ma..)

Insiden yang paling menarik adalah apabila terserempak dengan Cikgu Addmate aku dulu (namanya dirahsiakan) masa kat teknik seremban. Boleh la pulak dia ada meeting Kementerian Pelajaran Bombay kat situ? Sama lah pulak tempat. Muka dia memang lah aku tak boleh lupa, sangat lah KEJAM. Juga atas sebab2 tertentu aku buat-buat lah tak nampak je. Sedih betol apabila dikenangkan kembali. Ish ish

Tak sempat nak terjun.. dapat tgk je lah.. huhu

tak stenby pon ade pool kat sini.. hampeh!~

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Hellu pretty earthlings.

Di hari yang berbahagia ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mahap Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan, sahabat handai, rakan-rakan blog dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.. Jika berkesempatan tahun ini jemput-jemputlah datang ke rumah tapi bagi tahu lah dulu yer.

Ok hari ni adalah hari terakhir bekerja sebelum cuti beraya minggu depan. Rata-rata semua staff dan pegawai tak ada apa nak di buatnya hari ini jadi aktiviti semenjak pagi adalah:

~~MENGANYAM KETUPAT...!!~

Maka ramailah yang bergotong royong untuk menganyam ketupat, yang baru nak belajar pon join sekali termasuklah aku. hahaha agak best la jugak tapi limited hari ini boleh buat dua bijik jer.. lebih tak boleh.. Muahahaha sambil berbelit-belit jari jemari ni nak manganyam sambil tu jugak lah mulut ni pot pet pot pet sebab tak jadi-jadi.. hehe

Dok tengok dan mengkaji terlebih dahulu.. hehe

Penonton-penonton pon ramai.. acah-acah segan nak try.. haha

Giler tekun masing-masing.. cayalah~~

Cik Has begitu khusyuk plus tawadu' menganyam.. Jangan kacau!~ haha

Tokey utama ketupat ni.. Kayo mak cik!~

Duit Raya

Hellu pretty earthlings.

Beberapa hari yang lepas aku berkesempatan untuk tukarkan sejumlah duit untuk kegunaan hari raya tahun ni. Buat pertama kali nya dalam tahun ini aku memperuntukkan sejumlah wang untuk diberikan kepada :

a) sedara - mara yang masih kecil
b) anak - anak buah yang masih kecil
c) sepupu sepapat yang masih belum bekerja


Jadi untuk rakan-rakan peruntukan untuk tahun ini belum turun lagi jadi silalah paham-paham. Memandangkan anda pon dah besar panjang maka duit raya untuk tahun ini adalah dibatalkan.. muahahaha x)

Baru dapat nih.. masih lagi teruja dan terkesima

Sebelum dimasukkan kedalam sampul duit raya

Tuesday, September 8, 2009

Kwik Kwik..Help!!

Hellu pretty earthlings..

Ape bomba ni nak malam-malam nih??

Wuu dahsyat nih.. malam semalam sedang aku duduk asyik masyuk melayan facebook la katakan tiba-tiba aku terdengar bunyi macam hon motor tp aku ingatkan maybe budak-budak sebelah umah ni kot. Tiba-tiba mak aku sound suruh pergi tengok ape jadi ramai-ramai kat luar tu, katanya ada kereta bomba depan rumah. Aku pon pergi la tengok.

Jeng.. jeng.. jeng..

Sampai je kat luar ahli-ahli bomba dah takde tinggal jenteranya sahaja sebab semua dah ke belakang rumah. Selidik punya selidik katanya ade ulang tedung kat belakang umah aku. Giler gempak! hari-hari aku duduk melayankan kucing-kucing kat situ tak sangka pulak ada ular. Tapi dorang tak dapat tangkap ular tu sebab dah nyuruk masuk lubang.. huhuhu harap-harap selamat lah kucing-kucing kat belakang tuh. Tapi kucing sekarang sume terer-terer, ayam ngan anjing pon mereka lawan.. hahahahaha

**geli geleman aku, pasni aku tak lepak belakang la dah.. huu

Sunday, September 6, 2009

Demimu Oh UPSR.. Hee

Hellu pretty earthlings..

Hari Jumaat yang lepas telah datangnya satu lori membawa berkotak-kotak penutup mulut dan hidung dan juga sanitizer untuk di agihkan kepada semua pengawas-pengawas peperiksaan dan juga calon-calon upsr tahun ni. Bahan-bahan sampai dalam tengah hari so aku dan beberapa orang rakan telah bertungkus lumus untuk menyiapkan dan mengira stok2 sebelum diagihkan pada petang itu. Nasib baik la petang tu ada taklimat untuk semua guru besar dan lepas saja habis boleh la diserahkan semua bahan-bahan itu. Dia punya penatla kan jangan cakap la weh.. macam nak patah je pinggang aku nih.. Sok luse aku mantau sekolah tengok dak2 sekolah ni x pakai penutup hidung tu aku saman jer.. x suspek langsung.. hahaha x)

Kotak-kotak yang siap sedia mengikut bilangan calon sekolah

Pengagihan sedang dilakukan oleh Cik Hasnida

Barang-barang dah habis.. jom tutup kedai.. yeay!

Holiday 2 Indon

Berita Lewat Update

Hellu pretty earthlings..

Pada 1, 2 dan 3hb September yang lalu telah berangkatnya kira-kira 12 orang jawatankuasa untuk bermesyuarat pemurnian portal PPD di Hotel Regency, Jalan Raja Alang Kuala Lumpur. Hahaha tajuk ye2 je macam pergi indon kan tapi acah2 jer. Jalan chow kit tu kan dah macam indon? sume pendatang je kelihatan.. hek hek

Dah berapa kali pemurnian ntah tapi tak murni-murni gak? tapi kali ni rasenye dah complete murni kot.. hehe harap2 takde la lagi pasni.. aku sangat malas nak update blog ni sebenarnya, gambar pon banyak belum kutip lagi.. yang mane ade je lah yer.. Nak tengok hasil bagi pemurnian ni click saje link ini yo.. http://www.ppdkualalangat.gov.my/v2/

Dalam lif nak g berbuka puasa

Pemandangan bandaraya kolumpo dari dlm bilik

Bazar ramadhan.. Tapi x singgah pon.. hehe

Kumpulan Nasyid Muslimah sedang membuat persembahan sebelum waktu berbuka

**ada lagi gambar yang terpenting yang akan aku masukkan kemudian.. hehe**

Tuesday, August 18, 2009

Kursus a.k.a Holiday in Pangkor

Unit Latihan PPD Kuala Langat telah mengadakan Kursus Team Bulding pada 14-16 Ogos 2009 bertempat di Pangkor Bayview Beach Resort, Pulau Pangkor. Seramai 32 orang peserta terlibat, terdiri daripada pegawai dan staff sokongan. Program dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Talib Bin Hamid, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat. Kursus tersebut telah disampaikan oleh En Azman Bin Mahsuri Kaunselor Pentadbiran, PPD Sabak Bernam. Antara objektif kursus tersebut ialah merapatkan silaturrahim pegawai dan staff PPD Kuala Langat, membina dan menerapkan semangat kerja dalam satu pasukan yang mantap.

p/s: cakap banyak tak guna, tengok je lah gambar bawah ni.. hehe