Friday, October 2, 2009

Bercuti.!! yeay~ (katenya......)

Hellu pretty earthlings..

Hari Isnin dan Selasa yang lepas yakni 28 dan 29 September 2009 aku dan Abang Long serta Abang Ngah telah pergi ke PNB Ilham Resort di Port Dickson untuk menghadiri Taklimat Ketua Pengawas PMR tahun ni lah. Kitorang bergerak dari office lebih kurang pukul 2 petang dan sampai dalam pukul 5. Jangan tanya kenapa dan mengapa lambat sampai yer?? atas sebab2 dan masalah2 tertentu maka jadilah begitu. huhuhuhu

So, tema cerita pada hari itu adalah sejurus je sampai ke resort tu memang hajat di hati nak rehat2 sambil menonton cerita Senandung Dayang tapi apakan daya kitorang kena berpatah balik ke Banting kerana LCD projector tertinggal. Nak pinjam resort punye sangatlah mahal harga sewanya sampai RM500 satu malam. Ape punya bangang resort tu ntah? lepas je perbincangan di buat keputusannya seperti lah di atas. (nak bayar mahal ma..)

Insiden yang paling menarik adalah apabila terserempak dengan Cikgu Addmate aku dulu (namanya dirahsiakan) masa kat teknik seremban. Boleh la pulak dia ada meeting Kementerian Pelajaran Bombay kat situ? Sama lah pulak tempat. Muka dia memang lah aku tak boleh lupa, sangat lah KEJAM. Juga atas sebab2 tertentu aku buat-buat lah tak nampak je. Sedih betol apabila dikenangkan kembali. Ish ish

Tak sempat nak terjun.. dapat tgk je lah.. huhu

tak stenby pon ade pool kat sini.. hampeh!~

0 yang berkata:

Post a Comment